Kenapa Presiden GAMIS dipecat!
Saya sudah dapat merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku ke atas bekas Presiden GAMIS ini apabila organ PAS, Harakahdaily sendiri bersungguh-sungguh ‘memukul’ Hanif Baderun ketika bekas Presiden GAMIS itu mengirim sepucuk surat cinta kepada Siti Nurhaliza seminggu sebelum tarikh pekahwinannya.
Kesimpulan saya dalam tulisan “ Apa salahnya Presiden GAMIS meminati Siti Nurhaliza atau Diana Mawi ?” merumuskan bahawa memang usaha terancang Dewan Pembangunan Mahasiswa, Dewan Pemuda PAS Pusat mengunakan instrumen Harakahdaily membunuh kredibiliti Presiden GAMIS. Apa tidaknya, Faisal Tehrani, tidakpun menulis surat kepada Harakahdaily tetapi dia sekadar menulis sebagai kritikan peribadi di dalam blognya. Tetapi Harakahdaily bersungguh mengutip hasil tulisan Faisal Tehrani dan disiarkan semula dalam berita utama Harakahdaily. Seolah-olah berita itu (kecaman Faisal Tehrani) maha penting, lebih penting daripada isu Presiden PAS atau isu Penasihat Parti Keadilan Rakyat?
Tanpa berita kecaman Faisal Tehrani ke atas Presiden Gamis, yang disiarkan di Harakahdaily, saya kira usia Hanif Baderun memegang jawatan dalam GAMIS masih lagi panjang.
Tidak ada alasan kenapa Hanif Baderun tidak boleh disambung menjadi Presiden GAMIS ?. Kalau alasan sudah bergraduat (sudahkah Hanif bergraduat?), kenapakah Mohd Ramadhan Fitri Ellias yang sudah bergraduat suatu ketika dahulu masih diberi peluang memegang Presiden GAMIS. Kalau alasan bergaul mesra dengan amoi-amoi Cina, kenapakah Ramadhan Fitri yang bergaul mesra dengan amoi Cina suatu ketika dahulu tidak dikenakan tindakan yang sama.
Malah, usaha mengabungkan GAMIS dalam Solidariti Mahasiswa Mahasiswa (SMM) bukalah hasil usaha Hanif Baderun, tetapi dia mewarisi tradisi kepimpinan yang diwarisi oleh Mohd Ramadhan Fitri. Lebih teruk lagi, Ramadhan Fitri, sebagai Presiden GAMIS ketika itu, bukan setakat memulakan perkahwinan mutaah antara GAMIS dan SMM, tetapi turut mengadakan upacara spiritual kristian seperti menyanyi-nyanyi dan memuja api.
Mana lebih teruk kesalahan (baca :dosa) menyanyi-nyanyi dan memuja api, yang diketuai Ramadhan Fitri dengan upacara mengusung keranda dan memuja patung yang diketuai Hanif Baderun ?
Kalau alasan Hanif Baderun suka bergambar dengan tokoh-tokoh UMNO (termasuk Dr Mashitah Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad), bagaimana pula dengan kes Abdullah Abd. Karim yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Presiden Ikatan Studi Islam UKM (ISIKUM) bergambar dengan Mahfuz Omar,bekas Ketua Dewan Pemuda PAS pusat.
Peliknya, semasa Abdullah Abd. Karim menjadi Timbalan Presiden ISIKUM, dia menafikan sekeras-kerasnya dia dan ISIUKM berfahaman PAS, malah kehadirannya dan bergambar di belakang Mahfuz Omar, ketua Dewan Pemuda PAS ketika itu hanya kebetulan semata-mata dan kerana gambar Abdullah Karim itu dinasti ISIUKM memerintah MPPUKM berkubur di UKM! Bermakna 'dosa' Abdullah Karim lebih besar daripada Hanif Baderun!
Hujah Abdullah Abd. Karim memang tepat kerana selepas bergraduat dia sendiri membisikkan hasratnya ke telinga Mahfuz Omar untuk mendapatkan jawatan dalam Dewan Pemuda PAS. Nah, sekarang semasa Salahudin Ayub menjadi ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Abd. Karim telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Mahasiswa Dewan Pemuda PAS Pusat!. Bukankah budaya ‘kipas’ untuk mendapatkan jawatan dalam parti?
Sekurang-kurangnya Ramadhan Fitri dan Hanif Baderun tidak mengamalkan budaya ‘kipas’ dan mengejar jawatan dalam parti!
Kalau Hanif Baderun kurang warak, hanya kerana suka menulis surat kepada gadis artis cute atau tidak suka berkopiah atau suka memakai baju t-shirt ‘campus style’, apakah Ahmad Termizi sudah cukup warak hanya dengan memakai kopiah ?
Malah, Ahmad Termizi sudahpun bergraduat dari kulliyah Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa. Amat tidak sesuai Ahmad Termizi memegang jawatan Presiden GAMIS kerana di UIAM, tiadapun Persatuan Mahasiswa Islam seperti di UM, USM, UTM ataupun UPM kerana penubuhan asal GAMIS pada tahun 1990 adalah untuk menggabungkan Persatuan Mahasiswa seluruh IPTA.
Bermakna GAMIS sudah melencong daripada landasan sebenar penubuhannya, dipegang oleh universiti yang tidak mempunyai Persatuan Mahasiswa Islam yang berdaftar. Apakah semua Pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam UM, UPM, UTM dan USM semuanya ‘mandul’ hingga kepimpinan GAMIS perlu diserahkan kepada bekas pemimpin yang telah bergaduat daripada universiti yang tidak mempunyai persatuan Islam tidak berdaftar?
Kalau alasan Ahmad Termizi dicanang sebagai lepas Kulliyah Ilmu Wahyu, bagaimana pula dengan Hanif Baderun yang berkelulusan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya ? Apakah ini bermaksud lepasan agama UIAM lebih hebat berbanding dengan lulusan agama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Apakah ini juga bermaksud, gerakan mahasiswa Islam Universiti Malaya sudah semakin merosot kepimpinannya berbanding dengan sebelum ini memimpin apa jua persatuan baru antara IPTA lain. Malah GAMIS adalah hasil pemikiran dan inisiatif Presiden PMIUM pada tahun 1990 sekarang sudah terlepas ke tangan orang lain. Bermakna GAMIS yang dimulakan di UM hanya dapat bertahan 16 tahun, sekarang sudah berkecai dan diwarisi oleh universiti yang tidak mempunyai persatuan mahasiswa Islam.
Apakah ini permainan yang diatur oleh Mohd Fadli Ramli, bekas Presiden Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) dan bekas Presiden SRC UIAM yang sekarang ini berusaha mengatasi pengaruh Abdullah Abd. Karim dalam Dewan Pemuda PAS?
Kenapa tidak diserahkan Presiden GAMIS atau Presiden PMIUM kepada Mohd Nuruddin Bashah, aktivis PMIUM daripada fakulti Kejuruteraan UM. Apakah fakulti Kejuruteraan UM tidak boleh memegang jawatan Presiden GAMIS atau Presiden PMIUM, walaupun dia lebih layak, berkarisma dan berwawasan?. Apakah jawatan Presiden GAMIS, PMIUM hanya dimonopoli dan diwarisi turun temurun oleh lulusan agama sahaja?
Read more!

Saya tidak hairan



