« Home

Insiden UPM : Halau makhluk asing-syabas Chong Haw Eong

Pertamanya diucapkan syabas kepada Chong Haw Eong, Exco Majlis Perwakilan Pelajar UPM sesi 2005/2006 kerana telah berjaya memainkan peranannya menjaga kebajikan pelajar UPM. Hakikatnya insiden terancang oleh pihak luar pada 17 Julai berjaya ditangani dengan baik oleh pemimpin pelajar yang berkarisma itu.

Sebagai pemimpin pelajar berbangsa Tionghua di UPM beliau amat mengenali siapa Ooi Tze Min dan siapakah Lim Sok Swan. Kedua-dua sudah dikenali sebagai ‘virus’ yang sering membawa masalah kepada warga UPM.

Aksi Ooi Tze Min, bakal exco DEMA dan AJK Penerangan PKR (di bawah Tian Chua)

Sebelum ini Ooi Tze Min pernah menerima tujuh pendakwaan oleh pihak universiti termasuk berdemonstrasi di bangunan parlimen, membuat fitnah dan kenyataan mengaibkan dalam NTV7, menganjurkan aktiviti mengutip wang secara haram untuk memboikot pilihanraya kampus,menghasut mahasiswa untuk memboikot pilihanraya kampus dan mengadakan demontrasi di Mahkamah majistrit Kuala Lumpur. Dengan pertuduhan-pertuduhan ini sudah cukup untuk membuktikan Ooi Tze Min sebagai seekor ikan yang busuk kepala.

Manakala Lim Sook Swan pula turut terlibat dalam kesalahan demontrasi Masjid Negara ke Bangunan SUHAKAM, menghasut mahasiswa supaya memboikot pilihanraya kampus dan pernah bersama-sama Lee Huang Seng memprovokasi polis dalam demontrasi KLCC.

Setelah mengenali latar belakang kedua-dua watak ini jadi tidak hairan kenapa Chong Haw Eong tidak mempedulikan provokasi Ooi Tze Min. Meskipun ketika itu Ooi Tze Min berdegil mahu membuka ‘kauter pendaftaran ahli baru GMM’ seorang diri diatas bangku.

Tetapi yang dipedulikan oleh Chong Haw Eong adalah seorang ‘makhluk asing’ yang meloncat-loncat seorang diri sambil bertempik-tempik dengan kuat. ‘Makhluk asing’ itu berbaju putih berbelang kuning. Apabila beliau tidak mengenali ‘makhluk asing’ itu lalu dihampirinya makhluk itu sambil bertanya ‘lu siapa…’ ‘lu siapa….’’lu siapa..

Perhatikan pada gambar berbaju t-shirt putih kuning dan berbeg seolah-olah seperti pelajar UPM sedang mengangkat tangan sambil menjerit-jerit "jangan gaduh!..jangan gaduh!..jangan gaduh!. Provokasi ini sengaja dilakukan setelah mahasiswa tionghua (berbaju hitam) dapat mengesan pelajar itu bukan pelajar UPM.

Menyedari ‘makhluk’ itu menyedari dirinya telah dikesan oleh pihak pimpinan pelajar Tionghua UPM, lalu dia cepat-cepat mengalihkan topic dengan berteriak kuat-kuat berbunyi ‘jangan gaduh….’ ‘jangan gaduh…’ ‘jangan gaduh…’ walhal ketika itu tiada sebarang pergaduhan pun. Teriakan kuat seperti ini merupakan bentuk provokasi jahat untuk menggambarkan seolah-olah wajudnya pergaduhan walhal teriakan itu sengaja dibuat untuk menyelamatkan dirinya yang telah dikenalpasti sebagai ‘ejen luar’

Siapakah ‘mahkluk asing’ ini?

Dia ialah Lee Huat Seng, pelajar USM yang ‘diupah’ menyamar sebagai pelajar UPM melakonkan watak sebagai pelajar yang tertindas. Dia pernah buat kacau di universitinya sendiri (USM) hingga dikenakan tindakan tatatertib kerana mengadakan demontrasi di Sungai Dua, pintu masuk USM, Pulau Pinang.

Adakah kejadian di UPM merupakan ‘lakonan pertama’ Lee Huat Seng? Jawabnya tidak, kerana setiap demontrasi mahasiswa pembangkang, peranan Lee Huat Seng adalah ‘ejen provokasi’. Buktinya lihat sendiri provokasi Lee Huat Seng ke atas FRU semasa demontrasi di KLCC baru-baru ini yang membuktikan dia adalah ‘ejen’ terlatih untuk membuat huru-hara dalam siri-siri demontrasi haram.

Perhatikan gambar gerak perlahan provokasi berani antara Lee Huat Seng (pelajar USM) dengan FRU semasa demonstrasi di KLCC. Tidak hairanlah Lee Huat Seng berjaya melakonkan watak provokasi semasa di UPM kerana dia pernah melakonkan watak ini dalam demonstrasi lain. Bersama Lee Huat Seng dalam gambar di atas adalah Lim Sok Swan yang pernah dihadapkan ke mahkamah Universiti.

Malah keberanian Chong Haw Eong jelas terbukti semasa rundingan beliau dengan ahli-ahli GMM. Beliau mempersoalkan tindakan haram yang dilakukan oleh ahli-ahli GMM membuka kauter secara haram dan turut mempersoalkan campurtangan pihak luar dalam membuat kacau di kolej 12 dan 14. Inilah pemimpin mahasiswa Tionghua yang prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan mahasiswa/I UPM tanpa mengira bangsa dan agama.

Memetik kata-kata Haw Eong, ‘tanpa kedegilan GMM supaya bersurai daripada membuka kauter haram’,tanpa campurtangan dan perancangan pihak luar (Lee Huat Seng, USM dan SUARAM)”, insiden 17 julai tidak akan berlaku.

Tiga orang penjenayah luar yang mencetuskan insiden 17 Julai. (1) Lee Huat Seng (S/U Hubungan Antarabangsa DEMA; (2) Chang Lih Kang (Penyelaras SUARAM), dan (3) Chew Siew Fong (Wartawan Merdekareview). Ketiga-tiga mereka bukan pelajar UPM.

Bermakna yang bersalah dalam soal ini adalah pihak luar iaitu Lee Huat Seng (USM), Chang Lih Kang (SUARAM) dan Chew Siew Fong (MERDEKAREVIEW) yang berniat untuk merosakkan imej UPM dan menjatuhkan air muka keseluruhan warga pelajar universiti itu.

About me

  • I'm Syeed Rezza
  • From
My profile

Previous posts