Betulkah PMI sudah berkubur ?
Mood sekarang tidak begitu baik untuk gerakan mahasiswa yang berlabel "persatuan mahasiswa Islam". Kenapa ?. Keadaan semakin lesu, demonstrasi hanya 'berjaya' dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa yang terlalu kecil. Tidak lebih daripada 50 orang. Orang sama pula!. Kalau bukan Zainorfakar yang menjadi jurucakap, muka lain hampir tiada!
Dari satu sudut Zainorfakar boleh dinobatkan "lelaki PMI terakhir", tanpa Zainorfakar, lesulah gerakan PMI. Malah saya salute kepadanya, selain menjadi jurucakap demonstrasi, juga menjadi penulis internet yang produktif. Siap ada blogspot sendiri. Di sebalik nama shamsul azura Abdullah Sani, dia menyerang pentadbiran UM. Kemarahan dan semangatnya meluap-luap, boleh disaksi dengan patah-patah ayat yang ditulis dalam blogspotnya itu. Malah kemarahannya bukan setakat di alam maya, tetapi dijelmakan ke alam nyata, seperti keberaniannya menumbuk seorang pegawai HEP bernama Kalam Azad.
Lebih penting SMM daripada PMI
Tanpa Zainorfakar, lemahlah gerakan PMI! Malah nama Hanif Baderun sebagai Presiden PMIUM hampir tenggelam dengan keglamouran seorang ahli biasa yang bernama Zainorfakar!. Mungkin Hanif Baderun tidak sesuai menjadi Presiden kerana kepimpinannya dilihat lebih 'play save'. Malah sudah kedengaran bibit-bibit ketidakpuasan hati pemimpin baru PMI yang terpaksa membersihkan nama PMI ekoran kepimpinan dahulu yang sibuk bergelomang dengan amoi-amoi SMM.
Hanif dilihat lebih mementingkan aktiviti SMM dan mengabaikan PMI. Malah dalam zaman kepimpinannya, selalu diperkatakan bahawa dia terlalu berlembut dengan DEMA sehingga banyak melakukan perkara khurafat. Misalnya mengusung keranda dan mengusung patung! Ntah apa-apa! Tindakan yang tidak masuk akal!
Blogspot dan laman dilumpuhkan
Hari ini Zainorfakar mula menutup PCnya. Tidak mahu lagi menjadi 'pahlawan maya'. Blogspotnya telah dilumpuhkan, kerana tidak sempat lagi untuk memberi komitmen seperti dahulu. Laman Kampusnegara.com juga dilumpuhkan. Hostingnya tidak disambung bayaran. Semua pahlawan maya PMI yang dahulunya 'amat bersemangat', kini mula membawa haluan masing-masing. Perjuangan yang sia-sia. Buang duit, buang karan tetapi tiada hasil yang setimpal.Barangkali Pengarah Hal Ehwal Mahasiswa Dewan Pemuda PAS pusat pun tidak pernah melayari laman itu.
Apa makna semua ini ? Benarkah gerakan PMI makin lumpuh sebagaimana lumpuhnya blogspot dan kampusnegara? Mungkin benar, mungkin juga sebaliknya.
Penilaian semula 'boikot pilihanraya'
Tetapi semua pihak mungkin bersetuju fenomena kelesuan PMI ini berpunca daripada kesilapan pemimpin mereka di Taman Malewar yang mengarahkan agar memboikot pilihanraya kampus. Sekali tidak menyertai pilihanraya kampus bermakna semua jentera yang selama ini berfungsi terpaksa dihentikan dengan serta merta. Ahli-ahli tidak bersemangat untuk mencari kader-kader baru, pengikut yang sedia ada semakin mengecil dan akhirnya yang tinggal hanya beberapa kerat ahli seperti "lelaki PMI terakhir" yang disebut di atas.
Barangkali PMI boleh berbangga dengan 'kejayaannya memboikot pilihanraya kampus". Penting sangatkah pilihanraya kampus?. Tanpa menang dalam MPP sekalipun PMI masih mampu berdemontrasi dan membuat kenyataan media!. Apa ertinya kebanggaan itu jika demonstrasi dan kenyataan media itu tidak pernah dipandang penting oleh masyarakat dan kerajaan. Alaa...sekadar berdemonstrasi 20 orang biarkanlah..
Malah khalayak yang menyaksikan kejadian motorsikal dilanggar kereta pun lebih ramai daripada khalayak demonstrasi PMI!

Post a Comment